Sunday, January 6, 2008

HUKUM DAYA TARIKAN DALAM ALAM FIKIRAN dan TENAGA

Alam maya ini dikuasa oleh satu kuasa mutlak. Perlaksanaan urusan alam adalah hasil penyatuan daripada kejadian kepelbagaian tetapi dari sudut ketuhanan ianya merupakan hukum yang SATU. Dalam bahasa Greek dikenali sebagai Omnipotence, Tamil - 'Uně,' Bahasa Inggeris - 'One,' Sanskrit – 'That' dan 'Al' dalam Bahasa Arab.

Kita lebih arif dengan beberapa kejadian dan perlaksanaan alam yang lain tetapi masih banyak yang masih dibelakang tabir dan diluar pengetahuan kita. Proses kajian secara formal dan tidak formal berlaku hari demi hari, menyingkap rahsia-rahsia kejadian.

Kita bercakap tentang Hukum Graviti tetapi mengalaminya tanpa kesedaran. Kita tahu akan wujudnya hukum yang menyatukan getaran atom-atom yang membentuk segala kejadian fisikal. Kita tahu tentang hukum bima shakti yang merupakan sistem cakrawala yang mempengaruhi planet-planet tetapi kita mengabaikan sistem ataupun hukum yang mempengaruhi kehidupan kita didunia ini, yang mempengaruhi keputusan, kehendak dan kebimbangan kita setiap hari. Kita menggunakan fikiran dan bergerak dilandasan hukum alam dan akal tetapi mengabaikan keindahan perlaksanaannya. Inilah definasi HUKUM DAYA TARIKAN DALAM ALAM FIKIRAN yang menggerakkan sekelian alam. Satu sistem pintar ciptaan Tuhan Yang Maha Esa yang telah dianugerahkan kepada kita.

Apabila kita dapat melihat Fikiran sebagai satu bentuk Kuasa iaitu Kuasa Segala Perlaksanaan yang merupakan kuasa magnetis terhadap kehendak, maka kita akan mula memahami sebab musabab setiap kejadian dalam kehidupan kita dan perlakuan manusia yang selama ini masih dalam kegelapan. Kita akan mula menyedari, tidak ada ilmu pengetahuan yang lebih memberi menafaat dari pengetahuan tentang HUKUM FIKIRAN – HUKUM DAYA TARIKAN yang menghasilkan TARIAN HIDUP setiap manusia.

Apabila kita menyedari bahawa setiap perkara yang kita fikirkan menghasilkan satu getaran yang amat halus seperti kesahihan getaran yang dihasilkan oleh cahaya, kepanasan, letrik ataupun magnet maka ini akan membuktikan tenaga fikiran sebenarnya wujud tetapi tidak dapat dilihat oleh deria yang lima.

Besi magnet apabila mengeluarkan getaran, ianya akan menarik kepingan habuk besi malah seketul besi yang beratnya beratus paun tetapi getarannya tidak dapat kita lihat dengan mata kasar. Begitu juga dengan kuasa letrik yang berjuta kilowat tidak dapat kita lihat sehingganya dipenghujungnya terdapat mentol yang mengeluarkan cahaya yang membuktikan kewujudan kuasanya. Begitu juga dengan tenaga fikiran yang tidak dapat kita lihat, dengar, bau, rasa dan sentuh tetapi terdapat individu yang dapat merasainya melalui telepati dan fenomena mental. Cahaya dan kepanasan terhasil dari getaran yang lebih rendah dari getaran fikiran tetapi perbezaannya adalah hanya dari kadar getarannya sahaja.

Terdapat spekulasi dalam ilmu mental yang mengatakan wujudnya getaran bunyian yang tidak dapat didengar dan getaran warna cahayanya (setiap bunyian mempunyai cahayanya tersendiri) yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar. Dalam pergerakan alam semesta yang begitu luas, dan ruang tanpa suara amat sukar dibuktikan kewujudan 40,000 ke 400,000,000,000,000 getaran sesaat hingga menjangkaui 700,000,000,000,000 getaran sesaat ditahap cahaya meresap.

Kita mungkin terdengar kenyataan dalam Sains Mental bahawa “SETIAP PERKARA YANG KITA FIKIRKAN AKAN MENJADI KENYATAAN.” dan kita melafazkan kenyataan ini tanpa menyedari maksud sebenarnya. Sekiranya kita benar-benar memahami kenyataan ini dan memahami kebenaran disebalik sistem pintar anugerah Tuhan ini, ianya akan menjadi satu alat ataupun ilmu yang dapat memberi kuasa kepada kita. Inilah ilmu yang mesti kita tuntut supaya kita terlepas dari Perangkap Minda dan bebas dari cengkaman kuasa-kuasa lain, selain dari Tuhan Yang Maha Kuasa.

Melalui pemahaman yang sebenar, Tenaga Fikiran dapat digunakan seperti tenaga-tenaga lain seperti tenaga cahaya, letrik, petroleum da lain-lain. Dan apabila kita memahami hukum yang menguasai penghasilan dan penghantaran getaran ini, kita akan dapat menggunakannya untuk urusan harian kita seperti juga kegunaan tenaga-tenaga lain dalam kehidupan kita.

Tenaga fikiran tidak dapat dilihat dan didengar ataupun diukur dan sukar untuk membuktikan kewujudannya akan tetapi tidak semestinya ia tidak wujud kerana ianya tidak boleh dikesan,
Tenaga-tenaga halus ini sebenarnya dapat dikesan oleh unggas dan serangga yang deria penghilatan dan pendengarannya dicipta untuk mengesan tenaga-tenaga sebegini.

Kini saintis telah mencipta perlatan peralatan canggih untuk mengesan tenaga-tenaga ini setelah bertaun-tahun kajian dijalankan.Terdapat jenis-jenis gelombang yang tidak dapat dikesan oleh deria manusia dan hanya peralatan tertentu yang dapat mengesannya.

Dengan tercipta peralatan baru untuk mengesan gelombang maka beberapa gelombang-gelombang yang sebelum ini tidak dapat dikesan kini telah berjaya dikesan. Sekiranya peralatan mengesan gelombang-gelombang ini tidak wujud sudah pasti kita tidak dapat percaya kewujudan tenaga-tenaga ini kerana ianya tidak dapat dikesan secara semula jadi. Peralatan-peralatan ciptaan manusia mempunyai kelemahannya tersendiri dimana hanya peralatan tertentu dapat mengesan getaran-getaran tertentu.

Yang pasti, sehingga kini kesemua getaran-getaran ataupun gelombang daya tarikan fikiran hanya dapat dikesan oleh otak manusia.

Bagi mereka-mereka yang telah membuat kajislidik dan dilatih dalam bidang telepati, remote viewing dan hypnosis; kesahihan gelombang-gelombag ini tidak diragui lagi kerana telah terbukti kewujudannya melalui pengalaman orang yang mahir dalam penjanaan Deria Keenam.

Kita menghasilkan dan menghantar fikiran keluar dari otak kita dalam tahap-tahap yang berlainainan dan juga menerima gelombang ini setiap detik dan saat. Gelombang fikiran yang kita hasikan bukan hanya mmpengaruhi kita tetapi orang lain. Gelombang kasih sayang yang kita hasilkan akan menarik gelombang yang sama terhadap diri kita. Begitu juga gelombang lan seperti kebencian, cemburu dan penghinaan akan melantun kearah daripada mana ianya datang ataupun sumber yang menghasilkannya.

Pasangan kekasih akan hanya melihat kasih sayang disetiap penjuru kekasih mereka. Orang yang penuh kebencian dan cemburu dalam diri mereka akan menerima gelombang yang sama terhadap diri mereka.

Perkara berkenaan dengan Gelombang Daya Tarikan ini adalah satu perkara yang serius terhadap kehidupan kita. Kalau kita melihat sekeliling dengan penuh ketelitian, kita akan dapat melihat nasib seseorang itu ditentukan oleh dirinya sendiri tetapi manusia sentiasa menuduh keadaan dan orang lain yang menjadi penyebab nasibnya.

Dalam pengamatan dan kajian yang saya lakukan, saya dapati mereka-mereka yang memahami hukum ini hidup dalam keadaan penuh harmoni sepanjang khidupan mereka walaupun dari luarannya nampak bermasalah. Mereka seolah nakhoda kapal yang berada dalam laut yang bergelora tetapi sentiasa tenang dalam melalui perjalanan menempuh gelora yang mendatang. Dalam melayari bahtera kehidupan, mereka seolah-olah telah mengenali selok belok pelayaran dan telah sampai ke destinasi walaupun secara fisikialnya belum pernah sampai ke destinasi tersebut. Pelayaran mereka tampak begitu yakin sekali.

Kita telah melalui zaman Tenaga Fizikal dimana ciptaan berbentuk fizikal telah sampai ketahap sempurna seperti ciptaan kenderaan, kejuruteraan, pembinaan dan alat-alat telekomunikasi yang canggih yang mampu melakukan hampir semua tugas-tugas fisikal. Kita juga telah melalui zaman intellektual yang amat tinggi dan kini manusia sedang menuju ke satu era dan pengetahuan yang dahulunya menjadi rahsia alam.

Proses melalui dan memperolehi pengetahuan ini telah membawa manusia menghasikan filem-filem “sci-fi”, dimensi holografik ataupun seram yang mengesahkan tentang hantu, déjàvu dan makhluk asing yang memaparkan kehidupan manusia dengan alam ghaib, perjalanan minda sebelum perjalanan fisikal dan juga quantumfizik yang menerangkan tentang pecahan dari alam fisikal dan cara-cara kegunaannya dalam kehidupan. Filem filem sedemikian kini mejadi begitu popular dan mendapat tempat dihati peminat seluruh dunia. Inilah sebenarnya ilmu yang manusia inginkan. Ilmu ‘ghaib” yang dapat digunakan dalam perhubungan sesama manusia dan juga dalam urusan harian.Ilmu yang dapat meguasai orang lain tanpa menggunakan perantaraan seperti makhluk-makhluk halus yang sebenarnya hanya satu alasan bagi menerangkan tenaga-tenaga ghaib yang dahulunya tidak dapat diterangkan dalam konteks sains minda. Sekiranya kita dapat memahami dan menggunakan tenaga-tenaga “ghaib” ini secara sah tanpa bergantung dengan kuasa-kuasa jin dan lain sepertimana kita menggunakan tenaga-tenaga lain; maka penggunaan tenaga-tenaga ini dapat kita gunakan tanpa was-was dalam menjalani hidup ini. Ini lah yang akan kita bincangkan dalam bab-bab seterusnya.

Hak Kandungan Terpelihara,
Petikan dari Buku: RAHSIA ALAM FIKIRAN DAN TENAGA MAYA
Hasil Tulisan: Dr Sazali Ahmad

4 comments:

fm said...

Assalamualaikum Dr Sazali,
Boleh saya tahu di mana nak beli buku ini? Saya masih baru dalam hal-hal ini, dan saya mahu belajar lebih tentangnya. Trima kasih.

sham afzan said...

dah terbit ke?
satu subjek yg interesting ni.

nak join sales magic...cuma modal lari skit..bila next public program lagi?

incognito said...

saya pelajar ipta yg selalu stress n berminat nak pelajari, but, nak tahu d mana???mcm mana??n berapa yuran penyertaan???
please reply me asap..

Anonymous said...

assalamualaikum dr.sazali,
boleh saya tahu macamana nak buat orang lain berfikir dan bercakap seperti apa yang kita fikirkan...saya mahu mempelajarinya dengan lebih lanjut...