'Psychology' adalah merupakan kajian saintifik tentang perilaku kemanusiaan.'Noology' pula adalah kajian tentang alam fikiran. Memandangkan kedua-duanya berhubungkait dan berbentuk ilmiah dan amalan, maka untuk lebih memahaminya, kajian ini telah dikembangkan dengan menelitinya dari berbagai sudut yang merangkumi proses mental seperti persepsi, kognitif, emosi dan keperibadian termasuk pengaruh persekitaran, budaya dan perhubungan antara manusia. 'Psychology' juga dikaitkan dengan kehidupan seseorang termasuk masalah seharian, rawatan dan kaedah kesihatan mental.
Dahulunya, dipersekitaran tahun lapan puluhan, 'Psychology' dikenali sebagai Ilmu Jiwa dan pada pendapat saya terma ini lebih tepat, tetapi kini dikenali dengan Sikologi.
Sikologi berbeza dengan sains sosial yang lain seperti antropologi, sains politik, dan sosiologi kerana ujikaji yang dijalankan adalah berasaskan individu. Dahulunya Sikologi juga berbeza dengan biologi dan sains neuro. Secara dasar ianya bersangkutan dengan mental dan bukannya tentang otak yang dikenali sebagai 'Philosophy of Mind ataupun 'Dualism.' Ilmu Sikologi moden menggabungkan proses fisiologi dan neurologi menjadikannya satu konsep persepsi, kognitif, perilaku dan kesihatan mental.
Mengikut kajian yang telah saya lakukan sepanjang lebih dari 20 tahun tentang perilaku kemanusiaan, saya dapati untuk memperolehi kefahaman yang lebih tepat dan menyuluruh tentang perilaku kemanusiaan yang lebih tepat ditermakan sebagai fenomena kehidupan; kajian perlu dilakukan dengan mengabungkan sains bunyian, sains simbol, kuantum fisik, metafisik, psychocybernetics (yang akan dihuraikan selepas ini), budaya, amalan perubatan tradisional, amalan mistik termasuk sains komputer dan teknologi internet.
Kajian ini perlu dilakukan kerana saya dapati bidang-bidang ini banyak mempengaruhi kehidupan kita masa kini dan timbulnya fobia dan trauma unik yang baru dan tidak dapat dijelaskan berdasarkan kajian sebelum ini oleh pakar-pakar saikologi barat. Ini lah konteks SAINS MINDA yang menjadi asas kajian SIMFONI MINDA AKADEMI yang akan dihuraikan di post-post yang seterusnya.
Nantikan jawapan-jawapan yang selama ini menjadi tandatanya...dan teruskan mengikuti blog ini.
Dr Sazali Ahmad

No comments:
Post a Comment